Sunday 18 November 2012

APAM BERAS


 Menu ini sesuai untuk makan pagi bersama keluarga,rasanya sedap dan lembut bila masuk ke mulut. Resepi yang turun-temurun sejak dari dahulu lagi. menjadi kegemaran ramai masyarakat melayu.

Bahan-bahanya 

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Tuesday 13 November 2012

PIZZA DAGING


Bahan-bahannya

Pizza base I : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Pizza base II :
  • 2 cawan tepung roti
  • 2 sk yis mauripan
  • 90 ml air suam
  • 70 ml susu segar suam
  • 1 sk garam halus
  • 2 sb gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb susu tepung
Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 
Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. 
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.
untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
Topping/Filling : (2 large pizza)
  • 400 g daging cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega
untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • cendawan shitake
  • hirisan nenas
  • hirisan kapsikum
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

KEK COKLAT MOIST

 Kek ini adalah kegemaran anak-anak, buat makan petang dengan keluarga. Rasanya manis dengan lembut perisa coklat di dalam. Kek ini juga menjadi buah tangan untuk majlis seperti perkahwinan dan keramaian seperti majlis kesyukuran.

Bahan-bahan.

  • 100g Serbuk Koko*
  • 250g Gula Kastor
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Bic Soda
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
  5. Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580
  6. Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan.
  7. Ini rupa isi kat dalam. Warna nya coklat gelap tapi ni guna flash nampak terang sikit warna nya.

Monday 12 November 2012

MAKARONI BAKAR.


Sesekali makan makaroni sedap juga, sesuai untuk hidangan petang keluarga. Santai bersama-sama menikmati juadah ini. Walaupun nampak simple,tapi lembut bila dimakan.

 
Bahan-bahan: 
 
150gm
250gm daging ayam-dipotong dadu (aku guna daging)
150 gm sayur campur
15 biji cendawan butang (dibelah tengah)-aku x letak
sebiji lada besar merah- (dimayang)aku tambah
sebiji lada besar hijau- (dimayang)aku tambah

Bahan A
4 sudu b marjerin
1 sudu b bwg putih(chop)
2 sudu b tepung gandum
1 1/2 sudu b stok ayam
1 keping kiub pati ayam
1/8 sudu teh lada sulah
1sudu b cili kisar- aku tambah

Bahan B
2 sudu b minyak masak
1 sudu b bwg merah (chop)
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada sulah

Bahan C
2 biji telur-dipukul sedikit
3 sudu besar keju parut(ikut suka nk letak byk mana pun)

Cara2:
Masak makaroni dlm periuk air mendidih,campurkan dengan 2 sudu minyak masak dan sedikit garam. Masak hingga makaronin lembut dan toskan hingga kering.

Untuk bahan tumis:
Cairkan marjerin,tumiskan bawang putih hingga wangi, masukkan bwg besar,cili kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit.masukkan pula stok ayam sikit demi sikit, kacau hingga licin,masukkan kiub dan lada sulah.angkat dan sejukkan sebentar.
tumis pula bhn B,panaskan minyak,tumis bawang hingga garing,masukkan lada sulah dan masukkan cendawan butang.kacau hingga rata,masukkan sayur campur,lada merah dan hijau,serbuk perasa,garam dan lada sulah.
Campurkan A dan B dlm makaroni dan tuangkan telur yang tlh dipukul sedikit,gaul sebati.
tuangkan dlm bekas atau koserol yang tlh disapu dgn mentega, bubuh keju diatasnya..bakar pada suhu 150'c hingga keju jadi perang.

COKLAT CHEESE.



Bahan-bahannya:

Bahan A
  1. 280 gm cream cheese - philidephia la sedap kan? *resepi asal 250 gm
  2. 60 gm gula perang
  3. 1 biji telur - gred AA
  4. 30 ml air *resepi asal 25 ml
  5. 1 sb tepung gandum


Caranya :
  1. Pukul cream cheese bersama gula.
  2. Masukkan telur, air, tepung gandum.
  3. Ketepikan.


Bahan B ( Kek Coklat )
  1. 2 biji telur - gred AA
  2. 3/4 cawan gula perang - next time saya nak try buat 1/2 cawan
  3. 1 sk esen vanilla
  4. 2 sb serbuk koko
  5. Sedikit garam
  6. 1/2 cawan air panas mendidih
  7. 1/2 cawan susu cair
  8. 1/2 cawan minyak masak
  9. 1/2 cawan tepung gandum*
  10. 1 sk baking soda*
  11. 1/2 sk baking powder*
  12. *ayak bersama


Caranya :
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla, koko dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Masukkan tepung gandum, baking soda dan baking powder.
  5. Biarkan sebentar.
  6. Bahagikan kepada dua bahagian.


Cara memasak :
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutup.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dengan kertas minyak -- kertas minyak xde...
  3. Letak adunan coklat. Kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese di atasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Tuang adunan coklat sehingga habis dan kukus selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan sedia di hidang.

Sunday 11 November 2012

TART TELUR.

Bahan-bahan 

  • PASTRY:
  • 1/2kg tepung gandum
  • 1/4 kg marjerin
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 bj telur
  • sedikit esen vanilla
  • FILLING:
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin air
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn gula
  • 1 sdb tepung kastard
  • Sedikit garam,Sedikit esen vanilla & Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pastry:
  2. 1. Pukul majerin & gula halus hingga kembang,masukkan telur & esen vanilla. Pukul hingga sebati.
  3. 2. Kemudian masukkan gandum sedikit demi sedikit. Kacau hingga jadi doh.
  4. 3. Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan. Kemudian masukkan filling dan bakar selama 180c , 20 –25 minit.
  5. FILLING:
  6. Campurkan susu cair, telur, gula , air, tepung kastard, garam, pewarna kuning dan vanilla. Kemudian panaskan di atas dapur sehingga suam2 kuku…pastikan gula hancur.

ROTI TELUR SIMPLE.


Bahan-bahannya:

1. Roti sandwich 4 keping suka ati la brand apa, tp kalau nk lg sedap gardenia la
2. Telur 4 biji.
3. 2 keping Cheese, yg ni pun suka ati brand apa..janji cheese
4. inti- yg ni pun suka hati nk letak jem ke, sos cili ke..
5. Letak beberepa soseh..terpulang nk letak banyak mana.
6. sedikit mentega
7.Letak mayonis..terpulang nk letak banyak mana.


Caranya :
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau.[goreng tlur td n hncurkn}
  2. Kemudian sapukan 2 keping roti dgn sos cili.
  3. Taburkn telur yg telah hncur di tengah2 roti itu (macam sandwic).
  4. Taburkn sosej yg telah di hiris n tabur kn cheese yg telah potg kecil2.
  5. Bakar selama 5-7 minit dlm oven pd suhu 150'c
  6. Dah msk,kelurkn dri oven,letk sos n mayonis..

MUFFIN COKLAT.


Bahan A 

2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

Bahan B 
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick

Bahan C 
3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

KUEH PUTERI AYU

 Kueh Puteri Ayu memang sedap dimakan begitu saja. Buat sampingan untuk hidangan petang ok juga, di samping borak-borak petang bersama-sama kluarga.


Bahan-bahan 

  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepong ubi

Cara-cara

  1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus  selama 5 minit.

KEK LAPIS PRUNE

 Kek Lapis Prune merupakan kek kegemaran orang2 melayu masa kini. Harganya sangat berpatutan. Juga menjadi hidangan dalam majlis keramaian dan hari raya.


Bahan-Bahannya..


Bahan A
8 biji kuning telor ayam (Gred A)
6 biji telur
280 gram castor sugar
210 gram, tepong gandum
5 gram baking powder
5 gram essence vanilla
15 gram ovalet   

Bahan B
350 gram pure butter
30 gram  makan susu pekat   

Bahan C
340 gram buah prune   


Bahan A- Gula, telur, ovalet dan vanilla disatukan, dipukul menggunakan whisk. 

Kacau adunan telur untuk memastikan adunan dipukul serata.

Masukkan tepung yang telah diayak, bersama dengan baking powder & vanilla

Gunakan kelajuan mixer yang paling tinggi.  Pukul sehingga kembang.

Anda boleh mula memukul dengan kelajuan yang paling tinggi sekarang.

Bahan B - Mentega dan susu di satukan.  Dipukul sehingga campuran ini bertukar putih.

Masukkan Bahan B kedalam Bahan A - gaul sebati.

Bakar selapis-selapis.  Suhu yang digunakan ialah 180c - 200c.

Taburkan buah prun semasa proses melapis.

APAM PELANGI

 Apam Pelangi merupakan kueh-mueh tradisional melayu. Kalau dahulu kueh Apam ini hanya satu warna sahaja. Kini  kueh Apam diadaptasi dengan pelbagai corak yang menarik. Begitu juga,kueh ini kebiasaan menjadi makanan pagi bagi orag2 melayu. 

 Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna

Cara-cara
  • Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  • Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  • Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
  • Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak,

PUDING ROTI




Puding Roti makanan kegemaran orang tempatan kita. Kebiasaan menjadi santapan waktu petang bersama minuman petang dengan kopi panas !!!.

Bahan-bahanya:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur – di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
Dengan menggunakan loyang,sediakan gula hangus.kemudian ketepikan.Panaskan pengukus,carik-carikkan roti kemudian blender  bersama air suam,susu,telur dan esen vanila.Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Supplication




Gratisan Musik