Sunday 18 November 2012

APAM BERAS


 Menu ini sesuai untuk makan pagi bersama keluarga,rasanya sedap dan lembut bila masuk ke mulut. Resepi yang turun-temurun sejak dari dahulu lagi. menjadi kegemaran ramai masyarakat melayu.

Bahan-bahanya 

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Supplication




Gratisan Musik