Sunday 11 November 2012

KUEH PUTERI AYU

 Kueh Puteri Ayu memang sedap dimakan begitu saja. Buat sampingan untuk hidangan petang ok juga, di samping borak-borak petang bersama-sama kluarga.


Bahan-bahan 

  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepong ubi

Cara-cara

  1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus  selama 5 minit.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Supplication




Gratisan Musik